Wednesday, June 22, 2011

JEJAK NUBUWWAH - MESIR - SIRI 1

PAKEJ PERCUTIAN ILMIAH 2012
JEJAK NUBUWWAH


MENJELAJAH KE :
KAHERAH - ISKANDARIAH - GIZA - FAYYOUM - BAHNASA
SEMENANJUNG SINAI - DAHAB - TABA - HUSSAIN - TAHRIR


PAKEJ 1 :
1-10 Disember 2012

PAKEJ 2 :
6 - 26 Disember 2012

"MENGAMBIL IBROH DARI KISAH-KISAH DALAM AL-QURAN"

ANJURAN BERSAMA :
Isky Travel & Tours Sdn Bhd (623639-W) KPL/LN5398
PAKSI UMMAH TRAVEL & TOURS
AN-NEIL TOUR & TRAVEL
KEDAH MISR TRAVEL - MKKK
PUSAT KHIDMAT PAKSI
MAJALAH ANIS

FOKUS ISTIMEWA : BAHNASA

Bahnasa merupakan bumi yang penuh keberkatan. Terletak di muhafazah al-Minya selatan Mesir. Disemadikan padanya 5000 jasad sahabat2 dan tabi'in2 yang gugur syahid peperangan Fathul Islami.

Di sebelah barat Bahnasa berhampiran dengan Masjid Ali Jummam(Qhodi Bahnasa) terdapat bukit-bukit yang terdapat padanya dan sekelilingnya sebahagian besar bilangan daripada kubah-kubah dan makam-makam yang dinisbahkan kepada sahabat, tabi'in dan ulama' .

Kota Bahnasa mempunyai kelebihan yang tertentu yang di dalam buminya bersemadi 5000 orang sahabat termasuk 70 orang ahli Badar. Terdapat kelebihan dan ganjaran kepada mereka yang menziarahi bumi Bahnasa. Di antara ulama'-ulama' yang pernah menziarahi Bahnasa ialah Imam Bishrul Hafi, Imam Sirri as-Siqoti, Saidina Malik bin Dinar, Imam Fudoil bin 'iyad, Ibnu Sirin dan ramai lagi.

Di riwayatkan bahawa iklim Bahnasa terlebih banyak keberkatan daripada bumi yang lain. Saidina 'Amru bin al-'Ass berkata : sesungguhnya Rasulullah Sollahu 'alaihi wasallam bersabda : tidak ada selepas Mekah, Madinah, Palestin dan Thur bumi yang berkat melainkan bumi Mesir, yang keberkatanya berada di sebelah barat Mesir. Berkata Saidina 'Amru bin al-Ass : bumi itu ialah Bahnasa.

Di antara mereka yang disemadikan di bumi yang berkat ini ialah :

1. Saidina Ziad bin Abi Sufian bin al-Harith bin Abdul Muttalib (ketua perang)

2. Saidina Sulaiman bin Khalid bin al-Walid

3. Saidina Muhammad bin Abdul Rahman bin Abu Bakar (cucu Saidina Abu Bakar as-Siddiq)

4. Sidi Fathul Bab (tabi'in)

5. Sidi Hassan bin Soleh bin Ali Zainal 'Abidin bin Husain bin Ali (cicit Saidina Husain)

6. Saidina Muhammad bin Abi Zarr al-Ghifari (anak sahabat)

7. Saidina Muhammad bin 'Uqbah bin Nafi' dan banyak lagi Radhiallahu 'anhum.

TEMPAT FOKUS LAWATAN :

KAHERAH
• Makam Imam Syafie –Pengasas Mazhab Imam Syafie.
• Masjid Ali Fasha, Muzium Tentera.
• Muzium Polis, Qal’ah Salahuddin Al-Ayubi.
• Masjid Sultan Hassan , Masjid Rifa’i pengajian 4 Mazhab.
• Masjid Al-Azhar dan Makam Saidina Hussain.

ISKANDARIAH
• Masjid dan Qal’ah Qaitbey , Marsyah Rumani.
• Makam Abu Abbas Al-Mursi , Pustakaan Terbesar di Africa.
• Makam Abu Darda Sahabat Rasullullah , Makam 14 Penulis Hadis.
• Masjid dan Makam Abu Abbas Al-Mursi.,
Nabi Daniel dan Lokman Al-Hakim
Mumtazah , Istana Raja Farouk , Qal’ah Asad / kampong Singa.
Pengajian bersama Syeikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani

GIZA
• Piramit dan Spinx.
• Hadiqah Al-Hayawan / Zoo Giza.
• Kilang Asfur / Cristal Terbesar di Afrika.

TABA, DAHAB, SEMENANJUNG SINAI.
• Terowong di bawah air Ahmad Hamdi.
• Kubu Pertahanan Sultan Salahuddin Al-Ayubi Taba , menaiki bot ke Kubu.

• Pemandangan Gurun Pasir. Persempadanan Mesir –Israel.
• Pantai Dahab Meditreniean , Pasar Dahab.
• Membeli Belah di Pasar Taba.
• Bertolak ke Semenanjung Sinai.
• Mendaki Gunung Tursina, Tempat Ibadat Nabi Musa.
• Melihat matahari terbit di Punjak Gunung Tursina & Banjaran Teh (tempat Bani Israel sesat).
• Uyun Musa kisah di dalam Al-Quran & dan tempat Penyembahan Lembu Samiri.
• Makam Nabi Harun, Makam Nabi Saleh & Wadi Arbain, Air Mata 12.
• Pekampungan Nabi Yaakub, Saint Catherine Terbesar di Africa.
• Pokok 1000 tahun, Kubu Pertahan Israel, Pekampungan Badwi padang Pasir.

BAHNASA ALMANIA & FAYYOUM
• Perkuburan Syuhada’ 5,000 Sahabat
• Tasik Qarun (Tempat tenggelamnya harta Qarun), Istana Qarun, Wadi , Syalalat, Kincir Air Nabi Yusuf.
• Ain Shilin, Kebun Mangga Mesir, Pasir Putih, Masjid Qaitbey.

TAHRIR
• Muzium Negara Mesir dan Taman Al-Azhar.
• Membeli belah di Atabba dan di Pasar Hussain.

PROGRAM KHAS : Talaqqi bacaan Surah Al-Fatihah & Ijazah dari Ulama’ / Qurra’ Al-Azhar

JEJAK NUBUWWAH : MESIR SIRI 1

PROGRAM CUTI SEKOLAH 2011
Bersama MAJALAH ANIS